MBSA Johan Kategori Pengurusan Di Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2016

16 Septembar 2016​

MBSA berjaya menjadi johan bagi kategori pengurusan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2016 yang telah diadakan pada 6 dan 7 September bertempat di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
MBSA yang diwakil oleh Kumpulan Neu-Volution dari Jabatan Bangunan MBSA telah mempersembahkan masalah dan dan tajuk projek iaitu “ permohonan pelan untuk kemudahan pemilik taska dan tadika di kawasan MBSA yang kurang efisyen”. Pemilihan masalah dan tajuk projek telah menggunakan kaedah brainstorming, analisa matriks, teknik SMARTS dan analisa kekerapan data.
Kumpulan Neu-Volution juga berjaya mendapatkan anugerah persembahan terbaik di Majlis Persada ini. Kumpulan Neu-Volution dianggotai oleh 7 kakitangan daripada Jabatan Bangunan, MBSA dan diketuai oleh Encik Ahmad Yusof, Penolong Pegawai Seni Bina.
Selain daripada itu, pihak MBSA juga turut mengungguli Anugerah Emas di International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) yang telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 23 dan 25 Ogos 2016. Anugerah ini diterima melalui penyertaan Kumpulan EX7, MBSA di dalam Konvensyen tersebut.

​​​​ ​juara inovasi 2016