Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Majlis Taklimat Kempen Bangunan Rendah Karbon Dan Perasmian EV​​ Charger (Pengecas Elektrik) Kenderaan -  Beri Pendedahan Ke Arah Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon 2030​
 
1 Ogos 2016

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Taklimat Kempen Bangunan Rendah Karbon Shah Alam 2016 bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil pemilik-pemilik bangunan di sekitar Shah Alam dan Pegawai Pengurusan MBSA hadir ke taklimat ini.

Kempen Bangunan Rendah Karbon ini dianjurkan, bertujuan memberikan pendedahan secara menyeluruh mengenai konsep Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030.  Melalui kempen ini,  para peserta  diberi peluang untuk berkongsi tindakan amalan terbaik dalam pembangunan masa kini dan akan datang melalui pelaksanaan Bangunan Hijau.
Ia juga membuka ruang kepada para pemilik-pemilik bangunan khususnya  hotel, bangunan pejabat,  kompleks membeli belah, IPTS, hospital swasta di sekitar pusat bandar Shah Alam untuk bertukar idea dan pendapat terhadap amalan-amalan hijau yang telah dilaksanakan atau dipraktikkan sebagai inspirasi kepada bangunan-bangunan yang lain. 

Para peserta telah diberikan Taklimat Geran Audit Tenaga Bersyarat untuk Bangunan Komersial di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) serta Sesi Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Dan Pemantauan Audit Tenaga Bersyarat oleh Encik Steve Anthony Lojutin,  Ketua Unit Pengurusan Permintaan Tenaga (Cekap Tenaga) dari Sustainable Energy and Authority  Malaysia (SEDA).

Selain itu,  pihak MBSA juga turut melancarkan EV Charger (Pengecas Elektrik) Kenderaan yang dipasang di tempat letak kereta Bangunan Wisma MBSA. EV Charger (Pengecas Elektrik) ini boleh digunakan secara percuma  oleh pemilik-peilik kenderaan elektrik.  Pihak MBSA telah memasang EV Charger (Pengecas Elektrik) ini di 4 lagi lokasi iaitu Pusat Akuatik Shah Alam,  Pejabat Cawangan Kota Kemuning, Pejabat Cawangan Setia Alam,  dan Perpustakaan Tun Uda Shah Alam. MBSA juga akan memasang EV Charger (Pengecas Elektrik) di lokasi-lokasi lain seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  Dewan MBSA Seksyen 4,  AEON Shah Alam,  SACC Shah Alam,  dan Ekstreme Park Shah Alam. Melalui pelancaran tersebut, Majlis mengumumkan pembelian kenderaan elektrik yang dijangkakan pada penghujung akhir tahun 2016 ini.

Majlis Perasmian Kempen Bangunan Rendah Karbon Shah Alam 2016 ini   disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta Puan Mas Sakdah binti Kamaruzzaman, Timbalan Pengarah Seksyen PBT Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Encik Mohamed Azrin Bin Mohamed Ali, Ketua Mobiliti Hijau, Malaysian Green Technology Corporation (Green Tech),  Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  

Pihak Majlis berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik-pemilik bangunan dan orang ramai untuk bersama-sama mengembeleng tenaga  mencapai matlamat ke arah Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030.


carbon​​​carbon
carboncarbon