Majlis Bandaraya Shah Alam Adakan Majlis Cabutan Pemenang Kempen Bayaran Kompaun Dan Cukai Taksiran Atas Talian Melalui Jompay
 
29 September ​2016

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan cabutan bagi memilih pemenang sempena Kempen Bayaran Kompaun dan Cukai Taksiran Atas Talian di JomPAY.

Cabutan ini telah diadakan di Dewan Bankuet,  Pejabat Cawangan Setia Alam   dan telah dihadiri oleh Tuan Haji Rosli bin Bakar,  Timbalan Setiausaha, Majlis Bandaraya Shah Alam,  Encik Affendi bin Haji Jaafar, Pengarah Jabatan Kewangan,  Encik Tan Ah Kow, Ahli Majlis MBSA,  wakil agensi iaitu En. Ahmad Arif Ali,  Penolong Pengurus,  Malaysian ELECTRONIC Clearing Corporation Sdn Bhd (MYCLEAR) dan Encik Abdul Latif bin Haji Abdullah,  Ketua Sektor Swasta/Korporat Bank Muamalat (M) Berhad. 

Seramai 25 orang pemenang telah dipilih dan para pemenang ini akan menerima hadiah pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) semasa Hari Bertemu Pelanggan,  MBSA di AEON Mall Shah Alam,  Seksyen 13.

Kempen ini dilaksanakan untuk menggalakkan orang ramai khususnya pembayar-pembayar cukai untuk menjelaskan kompaun dan cukai taksiran melalui atas talian (online) saluran JomPAY.

Selain itu,  pembayaran melalui kaedah JomPAY ini dapat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan atas talian (online) sebagai salah satu keaedah pembayaran kepada pihak MBSA tanpa perlu menunggu di kaunter.

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah  wang tunai bernilai RM4,000 bagi 2 orang pemenang,  telefon bimbit model Iphone 6S bagi 3 orang pemenang serta baucher tunai bernilai RM1,000 kepada 20 orang pemenang.

carbon​​​jompay
​En Affandi bin Haji Jaafar,  Pengarah Jabatan Kewangan,  MBSA membuat cabutan pemenang untuk Kempen Kompaun dan Cukai Taksiran Atas Talian Melalui JomPAY​En. Tan Ah Kow, Ahli Majlis MBSA melihat cabutan pemenang untuk Kempen Kompaun dan Cukai Taksiran Atas Talian Melalui JomPAY
jompayjompay
​En. Ahmad Arif Ali .Penolong Pengurus MYCLEAR membuat cabutan pemenang​En. Abdul Latif bin Haji Abdullah, Ketua Sektor Swasta/Korporat Bank Muamalat (M) Berhad membuat cabutan pemenang.
Tuan Haji Rosli bin Bakar,  Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Shah Alam membuat cabutan pemenang.