Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Hari Belia, Kesihatan Dan Bandar Selamat Shah Alam 2016 Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16 

 8 Oktober ​2016

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Hari Belia, Kesihatan, dan Bandar Selamat Shah Alam sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16 bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam. 
Program yang dianjurkan ini merupakan  platform  pihak MBSA untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya komuniti di Shah Alam,  bergiat aktif di dalam aktiviti sukan seterusnya menggalakkan kehidupan yang sihat dan cergas.  Ia  juga bersesuaian dengan usaha MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan.

Antara pengisian program adalah Explore Race PeBT,  Fun Walk 10,000 langkah,  Shah Alam Sports Carnival seperti Mizuno Shah Alam Futsal Cup,  Mizuno Shah Alam Volleyball Challenge,  Basket Ball 3 on 3,  dan Gusti Lengan. Pada masa yang sama turut diadakan Taklimat Kesihatan dan Senaman oleh Kevin Zehri.

 Selain itu,  pihak Majlis juga turut mengadakan Program Bandar Selamat Shah Alam melalui Taklimat Pencegahan Jenayah yang diberikan oleh Encik Shamir R, Pakar Penganalisis Jenayah, kepada para pengunjung. Bukan itu sahaja,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bomba  turut mengadakan Demo Mencegah Jenayah untuk memberikan pendedahan pencegahan jenayah dan keselamatan.

​Bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke program ini,  pihak MBSA juga mengadakan Borak-Borak ‘Belia dan Stress’ , persembahan Open Stage daripada kumpulan The Kodoks dan Sang Hitam Buskers, serta menjemput artis undangan iaitu Shiha Mentor dan Ewal Akademi Fantasia (AF). Turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Industrial Exciting Hunt. Para peserta yang menyertai aktiviti ini terdiri daripada warga industri dan warga Shah Alam.  

Majlis Penutup  Hari Belia dan Bandar Selamat Shah Alam 2016 ini disempurnakan oleh YB. Puan Dr. Daroyah binti Alwi,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,  Kebajikan,  Pembangunan Wanita dan Keluarga,  Negeri Selangor. Turut serta YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam,   Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  


hari belia​​​hari belia
​ ​Pameran berkaitan demam denggi dan zi​ka turut diadakan

hari beliahari belia​​
​​ ​ Peserta 10,000 langkah dilepaskan oleh Tuan Shukri bin Muhammad Hamin Timbalan Datuk Bandar, MBSA

hari beliahari belia
​Saudara Kevin Zahri turut hadir memberikan ceramah kesihatan

​Acara bola keranjang 3 on 3 turut diadakan
hari beliahari belia
​Acara bola keranjang 3 on 3 turut diadakan​Pameran santai untuk pengunjung turut diadakan