Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Mizuno Shah Alam Wave Run 2016 Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16 – Melahirkan Warga Shah Alam Yang Sihat Dan Cergas

8 Oktober ​2016

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Mizuno Malaysia telah menganjurkan Mizuno Shah Alam Wave Run 2016 sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16.  Pelepasan program di perkarangan Stadium Shah Alam dan melalui  beberapa jalan sekitar Pusat Bandar Shah Alam seperti Persiaran Bandaraya, Sukan, Dato’ Menteri, Masjid,  Kayangan dan Raja Muda.  

Larian ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu 5KM, 10KM dan 21 KM melibatkan peserta dari dalam dan luar negara.  Program ini telah menarik penyertaan sehingga 10,000 ribu orang peserta dan mendapat kerjasama dari pelbagai agensi termasuk PDRM dan RELA.  Program ini juga mendapat tajaan dari World of Sport ,  100 plus,  Perskindol,  Garmin,  Arristo Coffee dan Airflex Taiping.

Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk mempromosikan Bandar Raya Shah Alam.  Selain itu,  pihak MBSA juga ingin menggalakkan orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti larian. 
Pihak MBSA amat komited untuk melaksanakan program-program sukan di Shah Alam serta memberi peluang kepada remaja terutamanya untuk bergiat aktif di dalam aktiviti sukan dan menjalani gaya hidup yang  cergas.  Antara aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan oleh MBSA seperti bola sepak,  futsal,  bola tampar dan basikal. 

Majlis Pelepasan Shah Alam Wave Run 2016 ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali,  Menteri Besar Selangor. Turut serta YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam,   Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  
​​​
mizuno run​​​mizuno run
mizuno runmizuno run
mizuno runmizuno run
mizuno runmizuno run