Datuk Bandar Shah Alam Serah Cenderahati Kepada Ibu Dan Bayi Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam
Ke-16 
 
10 Oktober ​2016

Adalah dimaklumkan Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16,  YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam telah mengadakan kunjungan ke Hospital Shah Alam untuk meraikan Ibu dan juga bayi yang dilahirkan pada  tarikh 10 Oktober 2016.
Kunjungan tersebut amat bermakna sebagai tanda kesyukuran bagi meraikan kelahiran bayi pada tarikh 10 Oktober 2016.  10 Oktober merupakan tarikh yang amat bermakna kepada pihak Majlis kerana pada tarikh 10 Oktober 2000 iaitu 16 tahun yang lalu,  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dinaiktaraf daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya.
Dalam kunjungan tersebut,  pihak Majlis telah menyumbangkan cenderahati berupa kelengkapan bayi,  hamper dan juga sijil kepada bayi yang lahir pada tarikh berkenaan. Penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.  Turut serta Pengarah Hospital Shah Alam YBhg. Dr. Hasni binti Hanapi, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA. 
Kunjungan ke Hospital Shah Alam  ini merupakan  salah satu aktiviti Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-16. Antara pengisian aktiviti sepanjang bulan Oktober adalah Hari Belia, Kesihatan dan Bandar Selamat, Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat,  Hari Bertemu Pelanggan,  Karnival Soccerkids Shah Alam 2016, Pertandingan Memancing dan sebagainya.  
Selain itu,  pelbagai promosi perkhidmatan percuma turut ditawarkan kepada orang ramai khususnya kepada warga Shah Alam.  Promosi-promosi ini merupakan inisiatif daripada pihak Majlis seperti masuk percuma ke Pusat Akuatik Shah Alam (9 Oktober 2016), Tempat Letak Kereta Percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Tempat Letak Kereta Hub Stesyen Komuter Seksyen 19 (10 Oktober 2016),  Keahlian Percuma di Perpustakaan Anggerik Vanilla (8-14 Oktober 2016) dan Promosi Pembayaran Kompaun MBSA (sepanjang bulan Oktober).

cahaya mata​​​cahaya mata
cahaya matacahaya mata