Majlis Bandaraya Shah Alam Laksana Program Hari Bertemu Pelanggan 2016 – Beri Peluang Kepada Orang Ramai Salur Aduan Dan Saranan Untuk Tambahbaik Sistem Penyampaian 

15 Oktober ​2016

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-16,  pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP).  Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya warga kota Shah Alam untuk mengenali,  memahami fungsi dan peranan MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengurus tadbir bandar raya Shah Alam. 

Melalui program ini,  pihak Majlis telah menyediakan booth pameran berkenaan fungsi organisasi dan perkhidmatan yang telah dibahagikan kepada 5 segmen iaitu Inisiatif Hijau,  Pemerkasaan Organisasi,  Perkhidmatan,  Infrastruktur dan Inovasi.
Antara perkhidmatan yang disediakan untuk tatapan pengunjung adalah perkhidmatan  secara on-line,  penyewaan dewan,  penyediaan infrastruktur awam seperti dewan-dewan, pasar,  Taman Sukan Lasak dan sebagainya.
Selain itu,  orang ramai juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pameran pasukan PANTAS, MBSA iaitu pasukan yang bertanggungjawab untuk menyelia  dan membantu sekiranya berlaku kes-kes bencana seperti tanah runtuh,  banjir dan sebagainya. Orang ramai juga berpeluang menyalurkan aduan,  pandangan dan saranan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian MBSA.

Turut diadakan pada Program Hari Bertemu Pelanggan ini adalah Pelancaran Buku Pelan Setara Garis Panduan Permohonan Tadika/Taska/Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk kelulusan MBSA,  Penyampaian Sijil Kontraktor Cemerlang Kepada Kontraktor Projek Pentas Terbuka Seksyen 10,  serta Penyampaian Hadiah Kompaun dan Cukai Taksiran  melalui JomPAY yang diadakan dengan kerjasama Bank Muamalat dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Mazalan bin Md. Noor,  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan).  Turut hadir YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

hari bertemu pelanggan 2016​​​pengasingan sampah
Y.B Dato’ Mazalan bin Md. Noor,  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) semasa lawatan ke booth Hari Bertemu Pelanggan MBSA 2016.  
hari bertemu pelangganhari bertemu pelanggan
​Y.B Dato’ Mazalan bin Md. Noor,  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) semasa lawatan ke booth Hari Bertemu Pelanggan MBSA 2016.  
​Sebahagian daripada tetamu yang hadir di Program
Hari Bertemu Pelanggan MBSA​
hari bertemu pelanggan 2016​​hari bertemu pelanggan 2016
​Sebahagian daripada tetamu yang hadir di Program Hari Bertemu Pelanggan MBSAY.B Dato’ Mazalan bin Md. Noor,  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) bersama YBhg. Dato' Hj. Ahmad Zaharin Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam  di Upacara Pelancaran Buku Pelan Setara Permohonan Taska/Tadika/Pusat Asuhan Kanak-Kanak
hari bertemu pelanggan 2016hari bertemu pelanggan 2016
​Penyerahan  Buku Pelan Setara Permohonan Taska/Tadika/Pusat Asuhan Kanak-Kanak kepada 
pengusaha Tadika/ Taska di sekitar Shah Alam
hari bertemu pelanggan 2016hari bertemu pelanggan 2016
En. Yaip Yoo Foo dan En. Faizul Helmi bin Mohd Khamis,  Penerima wang tunai RM4,000 sempena Kempen Bayar Kompaun dan Cukai Taksiran Melalui JomPAY
hari bertemu pelanggan 2016hari bertemu pelanggan 2016
Petugas Pasukan PANTAS MBSA memberi penerangan tentang peralatan kecemasan kepada YBhg. Dato' Hj. Ahmad Zaharin Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam
hari bertemu pelanggan 2016hari bertemu pelanggan 2016
Y.B Dato’ Mazalan bin Md. Noor,  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) bersama YBhg. Dato' Hj. Ahmad Zaharin Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam  di Upacara Pelancaran Buku Pelan Setara Permohonan Taska/Tadika/Pusat Asuhan Kanak-Kanak​