Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Majlis Perasmian Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) Dan Hari Sumber Manusia MBSA – Ke Arah Budaya Kerja Berprestasi Tinggi 

20 Oktober ​2016
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah  menganjurkan Majlis Perasmian Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Hari Sumber Manusia MBSA bertempat di Dewan Bankuet, MBSA.  Program ini merupakan salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak MBSA ke arah melahirkan Budaya Kerja yang Berprestasi Tinggi ”Toward High Performance Culture”. Minggu Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Hari Sumber Manusia MBSA ini diadakan mulai 10 Oktober sehingga 20 Oktober 2016 bersempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke – 16. 

Melalui program ini,  warga kerja MBSA diberi pendedahan untuk membudayakan amalan kerja cemerlang dengan menjiwai 7 Nilai Teras MBSA.  Ia merupakan platform untuk memupuk sikap positif dikalangan individu serta meningkatkan kerjasama di antara kakitangan bersama pihak pengurusan MBSA.

Antara pengisian program di sepanjang Minggu Program Pembangunan Modal (PPMI) ini adalah Treasure Hunt MBSA,  Pertandingan Dart dan Karom, Hari Sumber Manusia, Kuiz PPMI, pertandingan mereka cipta logo serta poster PPMI.  Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga kerja MBSA yang berlainan Jabatan / Bahagian dan menarik minat kakitangan untuk turut serta bagi menjayakan program ini.

Pelbagai aktiviti lain telah dirangka oleh pihak MBSA dan berjaya dilaksanakan di bawah PPMI seperti Kursus Pembangunan Modal Insan,  Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Modal Insan, ‘Morning Meeting’ pada setiap pagi,  Kempen Terima Kasih Datang Awal dan sebagainya. 

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad,   Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis, dan Pengarah Jabatan MBSA.

Program ini diharap dapat memupuk sikap berdaya saing dan kompetitif di kalangan warga kerja MBSA agar keluar dari zon selesa bagi menggalakkan peningkatan produktiviti semasa bekerja.  Melalui program ini,  diharapkan sistem penyampaian di MBSA akan dapat dipertingkatkan seterusnya perkhidmatan yang cekap dan efisyen dapat dibentuk kepada para stakeholders khususnya warga Shah Alam.


pengasingan sampah​​​pengasingan sampah
pengasingan sampahpengasingan sampah