Operasi Bersepadu Premis Makanan: Majlis Bandaraya Shah Alam Jalankan Pemantauan Berkala – 2 Premis Makanan Ditutup Sementara​ 

20​​​​ Oktober ​2016

Dua buah premis makanan telah ditutup sementara di dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Makanan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.  Tindakan penutupan sementara ini disebabkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan MBSA 2007.

Operasi yang dilaksanakan oleh pihak MBSA ini diketuai oleh  Dr. Haji Roslan bin Fadzil, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA. Sebanyak 7 notis dan 3 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak MBSA kepada premis makanan yang terlibat kerana kesalahan seperti tiada suntikan TY (1), dan membuang sisa makanan ke dalam longkang.  

Operasi  turut disertai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis,  Pengarah Jabatan MBSA serta kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran,  Jabatan Pelesenan, dan Jabatan Penguatkuasa.

Operasi Bersepadu Premis Makanan ini dilaksanakan bagi memastikan premis-premis  makanan menepati aspek-aspek kebersihan dan pengendalian makanan yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA.  Pihak MBSA mengambil langkah menguatkuasakan peraturan, serta mengeluarkan notis dan kompaun kepada premis yang gagal mematuhi syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak Majlis. Selain itu,  pihak MBSA juga tidak akan berkompromi dengan menutup premis makanan sekiranya terdapat urungan lipas atau tikus, ataupun premis makanan yang mempunyai rating kebersihan dibawah 50%. 

Notis dan kompaun akan dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan MBSA 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian MBSA 2007, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,  dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Operasi ini akan diadakan secara berkala oleh pihak Majlis bagi memastikan kebersihan makanan berada pada tahap tertinggi di setiap premis makanan.  Penyediaan makanan yang tidak bersih boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam tifoid, kolera, dan keracunan makanan.  Pihak Majlis berharap setiap premis makanan menjaga kebersihan serta mengamalkan pengendalian makanan yang betul serta memastikan pembantu kedai mendapat suntikan anti-Typhoid (TY2) dan menghadiri kursus pengendalian makanan. 

souq​​​souq
​YB. Yaakob Sapari, Adun Kawasan Kota Anggerik bersama tetamu jemputan bergambar beramai-ramai​Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar memantau lorong belakang di salah sebuah restoran
​​souqsouq​​​​
Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam diberi penerangan tentang produk-produk jualan di Souq As Salam 

​​​