Pasukan MBSA – A Johan Kategori Bawah 9 Tahun Pada Karnival Soccerkids Shah Alam 2016 Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam

27 Oktober 2016
​Kumpulan MBSA – A telah berjaya menjuarai Pertandingan Soccerkids Kategori Bawah 9 Tahun pada Karnival Soccerkids Shah Alam 2016 yang lalu.  Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-7 2016 ini diadakan  Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-16 pada 15 & 16 Oktober 2016 ( Sabtu & Ahad), bertempat di Padang B, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam melibatkan penyertaan 70 pasukan daripada kanak-kanak berusia antara 9 dan 12 tahun.

Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-7 2016   kali ini  telah mempertandingkan 2 kategori terdiri daripada 32 pasukan kategori bawah 12 tahun dan 32 pasukan kategori  bawah 9 tahun. Program ini merupakan platform terbaik kepada peserta untuk mempamerkan kemahiran dan bakat  kesukanan mereka dalam bidang bola sepak, sekaligus boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.  

Bagi kategori bawah 12 tahun, pasukan Gen Pro-A berjaya menjuarai pertandingan ini dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000, piala iringan dan cenderahati, tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan Soccerkids MBSA B memenangi hadiah sebanyak RM 800 dan cenderahati dan tempat ke-3 pula dimenangi oleh pasukan Gegau Soccerkids dan Satu FC dengan membawa pulang wang tunai RM 400 dan cenderahati.

Manakala bagi kategori terbuka bawah 9 tahun pula johan dimenangi oleh pasukan MBSA – A  membawa pulang wang tunai berjumlah RM 800, piala iringan dan cenderahati, tempat ke-2 dimenangi oleh pasukan AUFC membawa pulang wang tunai RM 600 dan cenderahati dan tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan Soccer Star Academy dan LJFC –A membawa pulang wang tunai RM 300 berserta cenderahati. Pihak MBSA telah memperuntukkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM4,600.00 bagi para pemenang Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-7 2016 ini. 

Penganjuran Karnival Soccerkids  ini juga memberi peluang kepada pemain-pemain muda, persatuan-persatuan atau kelab bola sepak menonjolkan bakat untuk digilap dan melahirkan pemain pelapis bola sepak yang boleh mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa. Penganjuran program sukan seperti ini mampu melahirkan generasi muda dan masyarakat yang sihat dan aktif di samping memperbanyakkan lagi aktiviti sukan dan riadah di bandar raya Shah Alam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

soccer kids​​​soccer kids
soccer kidssoccer kids​​​
soccer kidssoccer kids
soccer kidssoccer kids