Majlis Bandaraya Shah Alam Laksana Program Kempen Tandas Bersih MBSA ​2016 – Seminar Kesedaran Kebersihan Dan Pengurusan Tandas Berkualiti Kepada Pemilik Premis Makanan

27 Disember 2016
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Kempen Tandas Bersih MBSA bagi tahun 2016 – Seminar Kesedaran Kebersihan Dan Pengurusan Tandas Berkualiti Kepada Pemilik Premis Makanan. Program ini melibatkan 200 orang kontraktor daripada pemilik restoran dan penyelia kebersihan tandas  yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan tandas bagi Zon Selatan iaitu dari Seksyen 23 hingga Seksyen 26.
Tujuan pelaksanaan Program Kempen Tandas Bersih MBSA 2016 ini adalah adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan pengurusan tandas berkualiti kepada kontraktor pembersihan di kawasan Majlis agar lebih peka menguruskan kebersihan tandas secara sistematik dan efisien. 

Selain itu,  pihak Majlis juga menyasarkan pendedahan yang lebih meluas kepada para peserta mengenai penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan oleh MBSA bagi memastikan kebersihan dan penyelenggaraan tandas menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak Majlis. 

Seminar ini merupakan salah satu usaha Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA untuk meningkatkan tahap kebersihan tandas awam khususnya di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Antara pengisian Seminar Kesedaran Kebersihan dan Pengurusan Tandas Berkualiti Kepada Pemilik Premis Makanan ini adalah Ceramah Kesedaran Kebersihan dan Pengurusan Tandas Berkualiti Kepada Pengusaha Premis Makanan di Kawasan MBSA dan Ceramah Kaedah Pencucian Berkesan dengan Penggunaan Peralatan dan Bahan Cucian yang Betul dan Sesuai oleh Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (Quality Restroom Association Malaysia)-QRAM, serta Ceramah Sistem Pengauditan dan Penarafan Tandas Bersih oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Selain itu pihak Majlis turut memberikan sijil penyertaan kepada para peserta yang menghadiri seminar ini. 

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Tan Ah Kow, Ahli Majlis MBSA.  Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

Penganjuran seminar ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk menjadikan tandas awam di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai tandas contoh.  Di samping itu, secara tidak langsung melalui program ini amalan kebersihan dapat diterapkan dan dibudayakan dalam kehidupan masyarakat. 

Kempen Tandas Bersih 

​​​Kempen Tandas Bersih

Kempen Tandas BersihKempen Tandas Bersih​​​
integritiKempen Tandas Bersih
Kempen Tandas Bersih ​​