Majlis Bandaraya Shah Alam Edar Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk
– Ke Arah Mendidik Masyarakat Agar Menguruskan Sisa Sampah Secara Teratur Dan Sistematik

09 Mac 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Pengedaran Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk pada 9 Mac 2017 (Khamis) bertempat Di Taman Permainan 3/2, Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3, Seksyen U19, Shah Alam. 
Program ini merupakan inisiatif berterusan pihak MBSA untuk memberikan pendedahan kepada warga Shah Alam agar menguruskan sisa domestik dengan teratur demi untuk menjadikan bandar raya Shah Alam bersih dan indah.  Melalui program pada hari ini, pihak MBSA telah menyerahkan 211 tong sampah MGB 120L kepada penduduk di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3.  

Penyediaan tong sampah ini juga bertujuan untuk melancarkan kerja kutipan sampah domestik serta mengelakkan kacauganggu kepada persekitaran jika sampah tidak dibuang atau dikumpulkan di tempat yang tidak sepatutnya. Pihak Majlis amat komited dengan usaha untuk mendidik masyarakat dan menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada komuniti setempat.
Sebanyak 99675 unit tong MGB 120L, 495 unit tong MGB 660L dan 43 unit Leach Bin akan diedarkan secara percuma kepada penduduk di seluruh kawasan pentadbiran MBSA. Pengedaran akan dilaksanakan secara berperingkat. Pihak MBSA juga  telah menetapkan penempatan tong MGB 120L di serahkan kepada pemilik premis perumahan manakala tong MGB 660L bagi penduduk di kawasan kampung.

Program ini juga merupakan platform pihak Majlis untuk meningkatkan peratus kitar semula bagi mencapai matlamat Shah Alam ke arah Bandar Raya Sifar Sampah (Zero Waste).  Pengedaran juga akan diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam,. 
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir YB Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Encik Harri B. Mohd Hassan, Pengerusi MPP Zon 18,  Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.



Jentik-jentik 

​​​Jentik-jentik

Jentik-jentik                   Jentik-jentik​​​
Jentik-jentik
​ ​​

​​