Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Program Ziarah Ramadan 2017 - Hulur Sumbangan Ramadhan Kepada 120 Buah Keluarga Sekitar Shah Alam

24 Mei 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan aktiviti penyerahan sumbangan sempena ketibaan bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan khususnya penduduk yang kurang bernasib baik di sekitar Shah Alam. 

Pihak MBSA melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam telah mengenalpasti seramai 120 orang penerima sumbangan terdiri daripada warga Shah Alam yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah, layak menerima sumbangan Ramadan mengikut kriteria yang ditetapkan seperti golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas yang tidak berkemampuan serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan bagi membuat persediaan menyambut bulan Ramadan. Ia merupakan komitmen secara berterusan oleh pihak Majlis untuk membantu masyarakat melalui program kemasyarakatan disamping memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk mendekati pihak pengurusan Majlis.Selain itu, program ini juga merupakan platform pihak MBSA  untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara pihak MBSA dan masyarakat setempat.  

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk barangan makanan kering keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, sardin, kicap,  sos cili,  kordial,  susu pekat dan sebagainya bagi menjamin menu harian yang sihat.  Nilai barangan yang disumbangkan oleh MBSA kepada golongan ini adalah sebanyak RM150 dan wang tunai sebanyak RM50 untuk setiap keluarga.  . 
Program penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada program ini ialah Puan Noraini Binti Hussain, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5.  Turut hadir Tn. Hj. Rosli b. Bakar, Timbalan Setiausaha MBSA,  Ahli-Ahli Majlis MBSA, dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.  

Pihak Majlis berharap melalui program ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik untuk menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan. 

tong sampah percuma​ 

​​​​​tong sampah percuma

tong sampah percumatong sampaj percuma
​​​​