Majlis Iftar Jamaie MBSA 2018 Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam – Program Kemasyarakatan Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Bulan Ramadan

1 Jun  2018

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie MBSA 2018 sempena Ramadan 1439H.  Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Majlis untuk memperkasakan hubungan silaturrahim antara pihak MBSA dan para stakeholders seperti anak-anak yatim, media massa dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam. 

Seramai 50 orang pelajar  dari  Mahad Tahfiz Darul Uloom Al Mustafa, Kampung Paya Jaras Dalam Sungai Buloh, hadir ke Majlis Iftar Jamaie MBSA 2018 ini.   Pihak MBSA telah menyerahkan sumbangan Ramadan kepada para pelajar Mahad Tahfiz  Darul Uloom Al Mustafa iaitu duit raya berjumlah RM 50 seorang. 

Majlis ini juga merupakan inisiatif MBSA untuk membantu kakitangan MBSA yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban  sepanjang bulan Ramadan.  Seramai 79 orang warga kerja MBSA layak menerima sumbangan mengikut kriteria yang ditetapkan seperti ibu atau bapa tunggal, mempunyai anak-anak istimewa,  warga kerja berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU),  dan  warga kerja yang mempunyai penyakit kronik.  Sumbangan yang diberikan adalah melalui Tabung Majikan Prihatin MBSA bernilai RM300 untuk setiap penerima

Melalui sumbangan yang diberikan, pihak Majlis berharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi menyambut bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis ini juga merupakan platform pihak MBSA sebagai tanda keprihatinan pihak Majlis terhadap warga kerjanya sendiri yang memerlukan bantuan serta mengeratkan hubungan antara majikan dan pekerja.

Selain itu, Majlis ini juga merupakan usaha berterusan pihak MBSA untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak media massa  dan MBSA.  Pihak Majlis menghargai sumbangan pihak media massa yang telah banyak membantu mewar-warkan aktiviti dan program Majlis sekaligus meningkatkan imej Majlis di mata masyarakat.

Program iftar ini merupakan kesinambungan daripada Program MBSA Prihatin. Pada 15 Mei 2018 yang lalu,  pihak MBSA telah mengadakan Program Ziarah Ramadan yang melibatkan seramai 120 penerima sumbangan.  Setiap keluarga telah menerima sumbangan  iaitu barang makanan bernilai RM150 dan wang tunai sebanyak bernilai RM100 sebagai persediaan Ramadan.  MBSA melalui Ahli-Ahli Majlis telah menziarahi dari rumah ke rumah bagi menyerahkan barangan tersebut.  

Majlis iftar malam ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada majlis ini Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, MBSA serta kakitangan pelbagai jabatan, MBSA. Warga kerja MBSA turut mengerjakan solat Maghrib, Tarawikh dan Isyak secara berjemaah bagi menyempurnakan ibadah puasa. Majlis iftar ini diserikan dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali, penceramah bebas bertajuk “ Memahami Rahmat dan Berkat Dalam Bulan Ramadan’.


bazar mampan​​​​

​​​​​​​bazar mampan

​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menunjukkan bekas makanan mesra alam untuk kegunaan di Bazar Ramadan
​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam diberi penerangan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkenaan aktviti pengumpulan minyak masak terpakai di Bazar Ramadan 
bazar mampan
bazar mampan
​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam memakaikan topi dan apron kepada salah seorang peniaga bazar 
​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam melawat gerai-gerai di Bazar Ramadan Seksyen 17
bazar mampan
bazar mampan
​MBSA turut mengedarkan mangkuk tingkat percuma kepada para pengunjung supaya Kempen Pengurangan Bag Plastik dan Bekas Polistirena