Kempen Selamat Balik Kampung 2018 Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam – Edar 745 Topi Keledar Percuma Kepada Penunggang Motorsikal 

6 Jun  2018

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba,  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  melaksanakan Kempen Selamat Balik Kampung 2018 dengan memberi topi keledar (helmet) secara percuma kepada penunggang motorsikal di sekitar Shah Alam.  Pada tahun ini,  Kempen Selamat Balik Kampung 2018  telah diadakan di Jalan Opera AU2, TTDI Jaya Seksyen U2, Shah Alam. 

Sebanyak 500 unit topi keledar dewasa dan 100 unit topi keledar kanak-kanak telah diberikan secara percuma kepada orang ramai sumbangan daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Sebagai tambahan,  pihak Majlis juga turut memberikan secara percuma 85 unit topi keledar kanak-kanak dan 60 topi keledar dewasa. Topi keledar yang disediakan ini juga menepati ciri-ciri keselamatan yang telah diluluskan oleh pihak  SIRIM QAS International Sdn. Bhd.  Kempen ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor (JKJR) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Kempen yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011 ini merupakan komitmen berterusan oleh pihak MBSA bagi menggalakkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena musim perayaan agar mementingkan keselamatan jalan raya terutamanya penunggang motorsikal yang sering menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Selain itu,  kempen ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai penjagaan keselamatan di jalan raya dan memberi pendedahan kepada penunggang motorsikal khususnya terhadap kepentingan penggunaan topi keledar. Kempen ini turut memastikan penunggang/pembonceng motorsikal menggunakan topi keledar yang disahkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan cara pemakaian topi keledar yang betul.

 Melalui kempen ini, topi keledar akan diedarkan kepada orang ramai dengan menggunakan konsep pertukaran topi keledar lama yang tidak menepati spesifikasi keselamatan kepada topi keledar baru mengikut  spesifikasi keselamatan oleh pihak SIRIM. 

Pelaksanaan kempen ini diharap dapat  memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati terutamanya penunggang motorsikal bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. 

Majlis penyerahan topi keledar ini  disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd. Saad,  Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada majlis ini  Tuan Haji Basori Bin Haji Selamat, Pengarah Besar Kanan, Jabatan Pensijilan dan Pemeriksaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd,  Ahli-Ahli Majlis, serta Pengarah-Pengarah Jabatan, MBSA .

iftar jamaie​​​​

​​​​​​​iftar jamaei

​Datuk Bandar menyerahkan sumbangan bernilai RM2,000 kepada  dari  Mahad Tahfiz Darul Uloom Al Mustafa, Kampung Paya Jaras Dalam Sungai Buloh.
Datuk Bandar bergambar bersama  pelajar  dari  Mahad Tahfiz Darul Uloom Al Mustafa, Kampung Paya Jaras Dalam Sungai Buloh. 
iftar jamaie
iftar jamaie
​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyampaikan sumbangan AidilFitri
​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyampaikan sumbangan AidilFitri kepada kakitangan MBSA
iftar jamaie
ifta jamaie
YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyampaikan sumbangan AidilFitri kepada kakitangan MBSA