Perhimpunan Pagi Warga Kerja Majlis Bandaraya Shah Alam Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke-18

10 Oktober 2018

Adalah dimaklumkan sempena dengan Ulang Tahun Bandar raya Shah Alam Ke-18, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Perhimpunan Pagi bertempat di Dewan Bankuet MBSA.

Tarikh 10 Oktober merupakan detik penuh bermakna pada pihak Majlis kerana pada 18 tahun yang lepas pada tarikh 10 Oktober 2000, Majlis Bandaraya Shah Alam telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran ke Majlis Bandar Raya.

Perhimpunan pada pagi ini merupakan salah satu aktiviti khususnya kepada warga kerja MBSA untuk bersama-sama meraikan detik 10 Oktober ini dan ini juga merupakan satu platform untuk memupuk semangat cintakan organisasi dan mewujudkan “esprit de corps” di kalangan warga kerja MBSA.

Dato’ Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam dalam ucapannya mengingatkan warga kerja MBSA untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian MBSA dan menyeru supaya kakitangan dapat terus ke hadapan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada warga kota Shah Alam.

Semasa perhimpunan ini juga Datuk Bandar Shah Alam telah memotong kek dan juga pulut kuning sebagai simbolik terhadap sambutan ulang tahun ini.

Sehubungan itu, diharapkan pihak Tuan/Puan dapat menyiarkan kenyataaan ini untuk makluman orang ramai. Kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan untuk menyiarkan kenyataan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

perhimpunan​​​​

​​​​​​​perhimpunan

perhimpunan
perhimpunan
perhimpunan
perhimpunan
perhimpunan
perhimpunan