Mini Zee Bee Urban Forum’ Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam – Beri Pendedahan Secara Meluas Mengenai Agenda Pembangunan Mampan 

1 Disember 2018

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan “Mini Zee Bee Urban Forum” pada 5 Disember dan 6 Disember 2018 di Avenue Garden Hotel, Bangi melibatkan penyertaan  peserta yang terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis MBSA dan wakil penduduk bagi setiap Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di bawah pentadbiran MBSA.

Forum ini merupakan platform oleh pihak MBSA untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai Agenda Pembangunan Mampan di peringkat global yang berkait rapat dengan program bersama komuniti iaitu ‘Mini Zee Bee’.  Program ‘Mini Zee Bee’ adalah berdasarkan garis panduan Pembangunan Kejiranan Hijau yang menekankan aspek-aspek elemen hijau di dalam kehidupan seharian seperti program kebun bandar,  bandar selamat, penjimatan tenaga dan air, pengasingan sampah,  kitar semula dan lain-lain. 

Selain itu,  pihak MBSA juga menyasarkan pendedahan yang lebih meluas kepada peserta forum mengenai kepentingan Agenda Pembangunan Mampan selari dengan matlamat menjadikan Bandar Raya Shah Alam Rendah Karbon menjelang tahun 2030. 

Antara pengisian forum sepanjang 2 hari ini adalah taklimat oleh TPr. Hajah Datin Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid Setiausaha Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia bertajuk Agenda ”Sasaran Pembangunan Mampan (SDG)” Malaysia dan Rangka Kerja Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon,  taklimat oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Malaysia bertajuk Hijrah Hijau dari Perspektif Sains, forum perkongsian pengalaman : ”Memperkasakan Komuniti yang Mampan’ bersama TPr.  Encik Mohd Zainuddin bin Jumaat Ketua Juri Mini Zee Bee 2013-2017,  taklimat oleh Dr. Mohd Rizal bin Osman Pengarah Pembangunan Perniagaan & Operasi Urbanice Malaysia bertajuk ’Agenda Perbandaran Baru’ dan taklimat oleh En Mohd Azmi bin Amer Khan Pengarah Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA bertajuk Inisiatif Hijau MBSA ”Pengasingan Sampah dari Rumah’. 

Program Kejiranan Hijau Zon Bersih Mini (Mini Zee Bee) telah mula diperkenalkan pada tahun 2013 kepada semua Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon di bawah pentadbiran MBSA.

Majlis perasmian  “Mini Zee Bee Urban Forum” telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.  Turut serta Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA. 



food truck​​​​

food truck
​​food truck
food truck
food truck
tfl
tfl