Program ‘Recycle Fun Run & Ride’ Sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2018 Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam – Tarik Penyertaan 1500 Peserta 

5 Disember 2018

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program ‘Recycle Fun Run & Ride’ sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.  

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat, dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam. Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.  

Pada program kali ini telah diadakan pelepasan acara Recycle Fun Run & Ride. Acara ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 1500 orang peserta  dan yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada serahan barangan kitar semula.  Pihak MBSA telah menerima 1263.72kg surat khabar, 271.96kg botol plastik dan 61.20 tin aluminium. Para peserta Recycle Fun Run & Ride telah melakukan larian sejauh 5km melalui jalan-jalan persiaran di sekitar pusat bandar. 

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya acara berbasikal, senamrobik, persembahan pentas oleh kombo MBSA, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Bagi menarik penyertaan orang ramai, pihak MBSA juga menyediakan permainan seperti wall climbing, senaman Taichi, Mobile Library, Shah Alam On Wheels, Food Truck,  chu chu train, Klinik Frisbee,  Klinik High Jump,  Hydro Gel Games,  Futsal On 3,  cabutan bertuah, jualan pokok serta baja kompos.  

Selain itu, turut  diadakan Jom Picnic Dhuha, dan Program Eco Free Market dengan tema ‘Back to School’ juga iaitu penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma untuk menarik penyertaan orang ramai. 
Majlis pelepasan larian telah disempurnakan oleh YBhg. Haji Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

cfd​​​​

cfd
​​cfd
cfd
cfd



cfd