Majlis Angkat Sumpah Timbalan Datuk Bandar Shah Alam

8 Januari 2019

Adalah dimaklumkan, Tuan Mohd Rashidi bin Ruslan telah dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam berkuatkuasa pada 2 Januari 2019 (Rabu).

Majlis Angkat Sumpah beliau sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam telah diadakan pada 7 Januari 2019 (Isnin) di hadapan YBhg. Dato' Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.  Turut hadir di majlis ini adalah Yang Amat Dihormati Dato' Haji Emran bin Haji Kadir, Dato' Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, Encik Kamarudzaman bin Sanusi, Ketua Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah Kanan, MBSA.

Encik Mohd Rashidi bin Ruslan dilahirkan di Klang, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (2005) dari Universiti Malaysia Sabah.  Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam bidang Pengurusan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Bajet. 

Sebelum ditugaskan di Wisma MBSA, beliau pernah bertugas sebagai :-
i) Penolong Pengarah, Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN Negeri Selangor;
ii) Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat;
iii) Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Majlis Perbandaran Kajang;
iv) Ketua Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, NRE Putrajaya;
v) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah, Tanah & Galian (JKPTG), Putrajaya