23 Kucing Terima Pemilik Baharu Semasa Program ‘Kucing Angkat’ Sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019 – Tingkat Kesedaran Pemilikan Haiwan Peliharaan Secara Bertanggungjawab Di Kalangan Masyarakat 

14 Januari 2019

Sebanyak 23 kucing telah menerima pemilik baharu dalam masa satu jam semasa Program ‘Kucing Angkat’ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019 pada 13 Januari 2019 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 Shah Alam mulai jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat  serta menggalakkan kerjasama secara berterusan daripada semua pihak untuk bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi untuk persekitaran yang bersih dan selamat. Selain itu, ia juga merupakan platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Sebanyak 23 ekor kucing telah  diadopsi semasa program ini diadakan.  Kucing-kucing yang diadopsi ini telah ditangkap oleh pihak MBSA di kawasan-kawasan seperti pasar dan gerai. Sebelum diadopsi, kucing-kucing ini telah divaksin, dan dibuat pemeriksaan kesihatan. Setiap kucing yang  diadopsi daripada pihak MBSA  dikenakan bayaran sebanyak RM20 dan maksimum pengambilan kucing adalah sebanyak 2 ekor bagi seorang pemilik.

Pihak MBSA juga turut bekerjasama bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor dan pihak World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia untuk menjayakan program  ‘Kucing Angkat’ ini.  

Antara pengisian aktviti semasa program ini adalah  seminar,  pameran statik, serta ‘booth’ jualan. Program ini juga menerima tajaan dari beberapa syarikat pengeluaran makanan haiwan serta klinik rawatan haiwan yang menyokong program sebegini dilaksanakan.


cfd​​​​

cfd
​​cfd
cfd
cfd



cfd