6000 Peserta Sertai ‘Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Big Walk’ Sempena Sambutan  Ulang Tahun Kali Ke-2  Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019 

14 Januari 2019

Seramai 6000 orang peserta telah menyertai Program ‘Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Big Walk’ sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 13 Januari 2019 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.  Para peserta ‘Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Big Walk’ telah berjalan kaki sejauh 5km melalui jalan-jalan persiaran di sekitar pusat bandar.

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat, dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam. Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.  

Pihak MBSA juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk memeriahkan program ini antaranya aktiviti riadah seperti acara berbasikal, senamrobik, persembahan pentas oleh kombo MBSA, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Bagi menarik penyertaan orang ramai, pihak MBSA juga menyediakan permainan wall climbing, senaman Taichi, Mobile Library, Shah Alam On Wheels, Food Truck, chu chu train, Klinik Frisbee, Hydro Gel Games,  Futsal On 3, Akademi Soccer Kids, cabutan bertuah, jualan pokok serta baja kompos.  

Selain itu, turut diadakan Jom Picnic Dhuha, dan Program ‘Kucing Angkat’ melibatkan 23 ekor kucing yang telah  diadopsi semasa program ini diadakan.  

Majlis pelepasan larian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Rashidi bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

cfd​​​​

cfd
​​cfd
cfd
cfd



cfd