YBHG. DATO’ HAJI HARIS BIN KASIM DILANTIK SEBAGAI DATUK BANDAR SHAH ALAM KE-8


12 Jun 2019

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Haji Haris bin Kasim telah melaporkan diri dan bertugas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mulai 3 Jun 2019. Pada hari ini, telah diadakan Majlis Angkat Sumpah beliau sebagai Datuk Bandar bertempat di Dewan Perbandaran, MBSA. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam beserta Ahli-Ahli Majlis dan Pengurusan Tertinggi MBSA.

YBhg. Dato’ Haji Haris bin Kasim pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Malaya (UM), beliau juga mempunyai Diploma dalam Pentadbiran Awam dan Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam (INTAN). Beliau turut mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. 

Sebelum ditugaskan di MBSA, beliau pernah bertugas sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (2005-2011), Pegawai Daerah  Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (2011), Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (2012-2014), dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (2015-2019). 

Dengan pengalaman yang luas dan cemerlang, pelantikan YBhg. Dato’ Haji Haris bin Kasim sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-8 MBSA diharapkan dapat memacu MBSA sebagai PBT yang cemerlang dan terunggul di Selangor dan Malaysia. 

db baru
db baru
db baru