NOTIS SEBUTHARGA (B)

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Majlis Bandaraya Shah Alam serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera  dalam bidang kerja-kerja berikut: 

​​Bil​ ​Tajuk Kerja​​ ​​​​Pendafta​ran ​Spesifikasi Muat Turun​​

1​.
NO. SEBUTHARGA : SH(B)  45/2018       
CADANGAN KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG EKSEKUTIF UNTUK AHLI MAJLIS DAN PIHAK PENGURUSAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (VOT 26705 – PAKAIAN SERAGAM )

KKM & SSM
(Beralamat Dalam Negeri Selangor Sahaja)

Seperti dilampiran
​​​​
Borang Skop Kerja
Muat Turun

DOKUMEN SEBUTHARGA 

Borang Dokumen Tawaran Sebutharga boleh didapati di Laman Web Rasmi MBSA/Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pentadbiran dan Perolehan, Tingkat 1 (Lif A) Wisma MBSA,  Majlis Bandaraya Shah Alam, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam.

TEMPOH TAWARAN
Tawaran Sebutharga (B) ini dibuka bagi tempoh Empat (4) hari sahaja berkuatkuasa pada 10hb Julai 2018 sehingga  13hb Julai 2018.

TARIKH PENYERAHAN ​
Dokumen Tawaran Sebutharga tuan/puan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga (B) Majlis Bandaraya Shah Alam di Jabatan Khidmat Pengurusan, Seksyen Pentadbiran & Perolehan, Tingkat 1 (Lift A), Wisma MBSA tidak lewat daripada 13hb Julai 2018​ SEBELUM JAM 12.00 TENGAH​ARI. 

Dokumen Sebutharga yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan. 
Sebarang pertanyaan sila hubungi ​​​​Seksyen Perolehan  di talian 03-55105133 samb 1684, 1460 dan 1244 ​​