Perpustakaan Anggerik Vanilla – Majlis Bandaraya Shah Alam Buka Keahlian Kepada Orang Awam

15 Februari 2016

Adalah dimaklumkan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuka Perpustakaan Anggerik Vanilla yang terletak bersebelahan Pejabat Cawangan MBSA, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam yang juga merupakan perpustakaan awam pertama dibuka oleh pihak MBSA untuk manfaat masyarakat setempat.

Pelbagai buku-buku tempatan dan luar negara disediakan sebagai bahan bacaan dan rujukan pelbagai peringkat umur kepada pengunjung perpustakaan tersebut. Orang ramai digalakkan menjadi ahli perpustakaan untuk proses peminjaman buku dan pemakluman berkenaan aktiviti terbaru yang dilaksanakan oleh MBSA.

Yuran keahlian akan dikenakan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli. Berikut merupakan kadar yuran keahlian Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA:-
​​BilKategori Yuran Keahlian​​
​1.Orang Awam (Dewasa)
(22 – 54 tahun)​​​
RM 15.00 
(Pendaftaran)

RM 5.00
(Pembaharuan setiap tahun)
Orang Awam (Remaja)
(13 – 21 tahun)
RM 10.00
(Pendaftaran)

RM 5.00
(Pembaharuan setiap tahun)​
​​2.Orang Awam (Kanak - Kanak)
(5 – 12 tahun)

RM 5.00 
(Pendaftaran)

RM 5.00
(Pembaharuan setiap tahun)

​​3.Orang Awam
Orang Kurang Upaya (OKU) 

Warga Emas
(55 tahun ke atas) 

​Percuma​

Waktu pengoperasian Perpustakaan Anggerik Vanilla adalah seperti berikut:-
HariMasa
Selasa – Khamis​8.30 pagi – 5.00 petang
(Tutup : 1.00 – 2.00 petang)
​Jumaat​8.30 pagi – 5.00 petang
(12.15 tengahari – 2.45 petang)

​Sabtu minggu ke 2 & ke 410.00 pagi – 4.00 petang​
Sabtu minggu pertama, minggu ke-3, Ahad, Isnin dan
cuti umum​
Tutup​​

Selain itu, pelbagai program dan aktiviti sampingan telah dianjurkan di perpustakaan tersebut antaranya Program Riang Ria Cuti Sekolah, Lab Interaktif, Aktiviti Kraf Kreatif Kanak-Kanak, dan sebagainya. Penganjuran program-program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penduduk sekitar terutamanya pada musim cuti sekolah. 

Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA turut melaksanakan program pertukaran buku. Orang ramai boleh membawa buku-buku terpakai yang tidak digunakan lagi untuk ditukarkan dengan buku yang diminati yang disediakan di perpustakaan tersebut. Program pertukaran buku ini dilaksanakan pada setiap Sabtu minggu ke-4 pada setiap bulan. 

Sebarang pertanyaan berkenaan Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, sila hubungi Unit Perpustakaan, Seksyen Kemasyarakatan & Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5120 1367. 

anggerik_vanilla​​​​anggerik_vanilla