Majlis Bandraya Shah Alam Anjur Program ‘Shah Alam Trees For Life’ Bersama DHL Malaysia – Ke Arah Inisiatif Hijaukan Bandar Raya Shah Alam

05 November  2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama-sama pihak DHL Malaysia  telah menganjurkan program penanaman pokok ‘Shah Alam Trees For Life 2017’ pada 5 November 2017 pada jam 7.30 pagi bertempat di Taman Rekreasi Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

Program ini merupakan insiatif dan kerjasama pihak MBSA bersama DHL Malaysia dalam menjayakan program Shah Alam Trees For Life untuk menghijaukan landskap bandar raya Shah Alam.  Pada program kali ini, pihak DHL Malaysia telah menyumbang sebanyak RM60,000 kepada pihak Majlis. Sebanyak 3,900 pokok telah ditanam di sekitar kawasan hijau dan tepian laluan pejalan kaki Taman Rekreasi Tasik Seksyen 7. DHL Malaysia merupakan syarikat pertama yang bekerjasama bersama pihak MBSA untuk menjayakan  program Shah Alam Trees for Life pada tahun 2010 dengan jumlah tajaan sebanyak RM4000. 

Antara jenis-jenis pokok yang telah ditanam adalah  400 pokok dari jenis pokok seperti Bucida Molineti, cempaka, Cassia Fistuls, kundang, melinjau dan rambutan serta 3,500 pokok renek bewarna seperti Cordyline, Akalifa merah, Pissonia Alba, dan Bougainvillea Mrs. Eva.

Pengarah urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Christopher Ong dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak DHL Malaysia adalah berbesar hati untuk bekerjasama bersama pihak MBSA untuk bersama-sama membawa perubahan kearah kebaikan. 
“Di DHL, kami cukup bersemangat untuk melindungi alam sekitar kerana kami memahami impak yang signifikan yang boleh kami terapkan kepada masyarakat dan persekitaran disekeliling kita. Kami  ingin memperbaiki kehidupan setiap insan dikalangan kita dengan bekerja ke arah logistik pelepasan sifar menjelang tahun 2050. Maka dengan itu, sebagai acara tahunan ‘Global Volunteer Day’, kami berazam untuk menanam satu juta pokok setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, kami berasa amat berbesar hati sekali kerana berpeluang membuat perubahan ke arah kebaikan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi  menjayakan kempen ‘Shah Alam Trees for Life 2017’ pada tahun ini,” kata Pengarah Urusan, DHL Express Malaysia dan Brunei, Christopher Ong.

Program Shah Alam Trees For Life ini melibatkan penyertaan seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada 331 warga kerja DHL Malaysia, warga kerja MBSA, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Eco-warrior, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Selangor serta sukarelawan individu. 

MBSA juga amat komited untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang tahun 2030 melalui pelaksanaan program-program Inisiatif Hijau Shah Alam seperti Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Perintis Hijau, Kebun di Sekolah, Kebun Komuniti, Penyediaan Trek Basikal Shah Alam, Bas Selangor dan lain-lain. 

Majlis  ini telah disempurnakan oleh En. Papparaidu A/L Veraman, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 13, MBSA, merangkap Ahli Majlis MBSA. Turut hadir Christopher Ong, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, , Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-pengarah MBSA, warga kerja DHL Malaysia serta kakitangan MBSA.  


trees for life​​​​

​​​​​​​trees for life

trees for life
trees for life
trees for life