Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan – Potongan Rambut Secara Percuma Dan Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

08 Oktober 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam bertemakan sambutan perayaan hari deepavali 2017 pada 8 Oktober 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. 

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 ini diadakan bertujuan untuk melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Sepanjang program ini,  orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. 

Antara pengisian lain yang telah diadakan pada program kali ini adalah pelepasan peserta untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, berlari, persembahan pentas oleh kombo MBSA dan aktiviti senamrobik, wall climbing, persembahan buskers dan brassband, fruit challenge (makan buah apple) dan cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, terdapat juga booth pameran seperti pameran kesihatan, pameran oleh penaja dan pameran dari agensi-agensi luar eco freemarket. 


Pihak MBSA juga telah memberi sumbangan berbentuk makanan kering keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, sardin, kicap, sos cili, kordial, susu pekat dan sebagainya bagi.  Nilai barangan yang disumbangkan oleh MBSA adalah sebanyak RM150 dan wang tunai sebanyak RM50 untuk setiap keluarga.  

Sehubungan itu, seramai 10 orang penerima beragama Hindu yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan sempena sambutan perayaan Deepavali.  Kelayakan bagi penerima sumbangan perayaan Deepavali adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas yang tidak berkemampuan serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Warga Shah Alam juga turut berpeluang untuk membeli makanan di food truck, jualan baja kompos dan bunga anggerik.  Bagi menarik penyertaan orang ramai, pihak MBSA telah menyediakan “chu chu train” secara percuma, penyewaan basikal dan skuter elektrik, fruit challenge (makan buah apple) serta lukisan muka (face painting).  Seramai 2,000 orang hadir ke program ini. 

Matlamat penganjuran program ini pada masa yang sama memberi fokus  terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030. Bagi memastikan keberkesanan program ini kepada warga Shah Alam khususnya, ia telah diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua pada setiap bulan. 

Bagi memastikan kelancaran Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017, pihak MBSA akan menutup beberapa jalan pada setiap kali program ini diadakan. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai. 


Program ini dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor.  Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis MBSA,  Pengarah Jabatan MBSA dan kakitangan MBSA.


car free day​​​​

​​​​​​​car free day

car free day
car free day
car free day
​​car free day
car free day
shah alam car free day
car free day
car free day
​​​ ​​​​​​​