Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017
– Ke Arah Melahirkan Warga Shah Alam Yang Sihat Dan Cergas


22 Januari 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) buat julung kalinya telah menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 pada 22 Januari 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.  

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 ini diadakan bertujuan untuk melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, disamping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Sepanjang program ini,  orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. 

Antara pengisian program ini adalah pelepasan peserta untuk aktiviti riadah seperti  berbasikal,  acara berjalan kaki,  persembahan pentas oleh kombo MBSA, aktiviti senamrobik, persembahan buskers dan brass band. Selain itu,  terdapat juga booth pameran seperti pameran kesihatan,  pameran oleh penaja dan pameran dari agensi-agensi luar. 

Warga Shah Alam juga berpeluang untuk membeli makanan di food truck, jualan barangan/pakaian sukan, bazar seni dan pameran seni, produk hijau (Green Eco Product), ​jualan baja kompos, dan jualan bungan hiasan/pokok buah-buahan.  Bagi menarik penyertaan orang ramai,  pihak MBSA turut menyediakan sewaan peralatan basikal dan roller blade. 

Matlamat penganjuran program ini pada masa yang sama memberi fokus  terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.  Bagi memastikan keberkesanan program ini kepada warga Shah Alam khususnya, ia akan diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua pada setiap bulan. 
Bagi memastikan kelancaran Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017, pihak MBSA akan menutup beberapa jalan pada setiap kali program ini diadakan. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan),  Persiaran Perbandaran,   Persiaran Tasik,  Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan  Persiaran Damai. 

Majlis Pelepasan  Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017  ini   disempurnakan oleh Tuan Shukri bin Muhamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.Turut serta Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  


Hari Tanpa Kenderaan 

​​​Jentik-jentik

Hari Tanpa Kenderaan Hari Tanpa Kenderaan​​​
​