Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Program Eco Free Market
– Sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

06 Mac 2017

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program ECO Free Market sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang akan diadakan pada 12 Mac 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di Seksyen 14, Shah Alam. Program akan diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini sebagai inisiatif untuk menggalakkan penyertaan komuniti Shah Alam dengan akitivi kebajikan.  Program ini juga merupakan satu platform kepada komuniti Shah Alam untuk  menyertai aktiviti amal dengan mengedarkan barangan keperluan secara percuma kepada orang ramai.  Konsep Free Market Shah Alam  adalah ‘Less is More’ yang bermaksud menguruskan pemberian barangan terpakai dan meminimakan perbelanjaan kepada yang memerlukan. 

Matlamat penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan konsep Free Market kepada orang ramai. Selain itu ia juga diharapkan dapat memupuk semangat dan sifat bersedekah kepada yang memerlukan. Penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma merupakan alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan. Program ECO Free Market ini merupakan platform oleh pihak MBSA untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat dan salah satu usaha pihak Majlis membantu meringankan beban golongan mereka yang memerlukan. 

Selaras dengan Konsep Free Market yang digunakan pada program ini,  pihak penyumbang membawa barang-barang sumbangan ke tapak program yang disediakan oleh pihak MBSA. Penyumbang boleh mendermakan barangan atau perkhidmatan secara percuma kepada pengunjung. Sekiranya pengunjung berminat,  pengunjung hanya perlu meminta izin untuk mengambil barang tersebut. Pengunjung diingatkan untuk mengambil barang mengikut keperluan sahaja. Para pengunjung dikehendaki membawa shopping bag sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan dalam Free Market ini.

Antara barang-barang yang disumbangkan  oleh orang ramai adalah barang-barang baru atau terpakai seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak,  alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan. 

hari tanpa kenderaan 

​​​hari tanpa kenderaan

hari tanpa kenderaan                   hari tanpa kenderaan