Majlis Bandaraya Shah Alam  Anjur Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 Kali Ke-3
– 500 ‘Goodies Bag’ Percuma Kepada Pengunjung Wanita

12 Mac 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 edisi ke-3 pada 12 Mac 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.
 
Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017 ini diadakan bertujuan untuk melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Sepanjang program ini,  orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. 

Program pada kali ini adalah bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 dan antara pengisian program adalah persembahan yang berkonsepkan wanita, cabutan bertuah untuk pengunjung wanita dan 500 ‘goodies bag’ percuma untuk 500 pengunjung wanita yang terawal. Tema sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini ialah “Berani untuk berubah”. 
Antara pengisian lain yang turut diadakan pada program kali ini adalah pelepasan peserta untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, acara berjalan kaki, berlari, persembahan pentas oleh kombo MBSA dan aktiviti senamrobik.  

Warga Shah Alam juga berpeluang untuk membeli makanan di food truck, pameran dan jualan hasil seni, produk hijau (Green Eco Product), jualan baja kompos, dan jualan sayur-sayuran.  Bagi menarik penyertaan orang ramai,  pihak MBSA turut menyediakan sewaan peralatan basikal dan roller blade. 

Matlamat penganjuran program ini pada masa yang sama memberi fokus  terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030. Bagi memastikan keberkesanan program ini kepada warga Shah Alam khususnya, ia akan diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua pada setiap bulan. 
Bagi memastikan kelancaran Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017, pihak MBSA akan menutup beberapa jalan pada setiap kali program ini diadakan. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai. 

Pelepasan peserta Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan ini disempurnakan oleh  YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis MBSA,  Pengarah Jabatan MBSA dan kakitangan MBSA.

edar_tongsampah 

​​​edar tong sampah

edar tong sampah                   edar tong sampah