Pasukan Ban Hoe Leong, Taiwan Menangi Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar Shah Alam 2017

13 Mac 2017

Pasukan Bola Tampar Ban Hoe Leong Taiwan berjaya menewaskan Pasukan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan di perlawanan akhir Piala Datuk Bandar Shah Alam 2017.  Perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 58 minit ini akhirnya di menangi oleh Ban Hoe Leong, Taiwan dengan kiraan set 3-2. 

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar pada 9 Mac 2017 sehingga 12 Mac 2017 anjuran bersama MBSA dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Volleython Shah Alam 2017. 

Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk melahirkan pemain pelapis sukan bola tampar yang akan dikenalpasti untuk mewakili negara ke kejohanan bola tampar peringkat negeri dan juga di pentas antarabangsa.  Selain itu,  kejohanan ini juga menggalakkan gaya hidup sihat serta platform untuk memperkenalkan bandaraya Shah Alam sebagai sebuah bandaraya sukan. 
Kejohanan tahunan berprestij yang diadakan sejak tahun 2000 ini telah berjaya menarik minat 48 pasukan bola tampar dari dalam dan juga luar negara.  Bagi Kategori Terbuka sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian  dan penyertaan dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Taiwan.Kejohanan ini turut mendapat tajaan vaucher barangan sukan daripada Mizuno Malaysia berjumlah RM 13,500.00.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,500. Berikut merupakan hadiah wang tunai yang disediakan mengikut kategori yang dipertandingkan :-
Bil​Perkara​​Piala Datuk Bandar​Volleython Shah Alam
​1.​HadiahKategori Terbuka Lelaki :-
Johan :  RM 10,000.00  + 5,000.00 Voucher Mizuno   
  
Kedua:  RM 5,000.00 + 3,000.00 Voucher Mizuno    
   
Ketiga :  RM 3,000.00 + 1,000.00 Voucher Mizuno    
     
Keempat:   RM 2,000.00 + 500.00 Voucher Mizuno    

​​Johan  :  RM 3,000.00  + 2,000.00 Voucher Mizuno 
            
Kedua :  RM 2,000.00 + 1.000.00 Voucher Mizuno

Ketiga :  RM 1,000.00 + 500.00 Voucher Mizuno

Keempat :  RM 500.00


​Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar Shah Alam Dan Volleython Shah Alam 2017 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.​

bola tampar 

​​​​bola tampar

free market                   bola tampar​​​
​​ ​