Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Program Masyarakat Prihatin Di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26 Shah Alam – Pupuk Sikap Bekerjasama Di Kalangan Komuniti Setempat

05 April 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan Program Masyarakat Prihatin di PPR Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 2 April 2017 (Ahad). Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk memupuk sikap bekerjasama di kalangan komuniti setempat khususnya di kawasan penempatan perumahan kos rendah. 

Program ini memberi penekanan ke arah  melahirkan modal insan yang berketerampilan dan aktif dalam melakukan aktiviti sukarelawan. Ia juga dilihat sebagai medium untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Pihak Majlis juga telah menerima sumbangan dari beberapa agensi seperti Lembaga Zakat Selangor yang menyumbang RM50 barangan keperluan untuk 150 orang serta Kelab Rotary Shah Alam yang menyumbang pemeriksaan kesihatan dan ubat untuk 500 orang. Pihak Management & Science University (MSU) Shah Alam juga telah membuat program gotong-royong dan tanam pokok melibatkan penyertaan seramai 170 orang pelajar dan juga penglibatan sukarelawan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Shah Alam serta ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO), Department of Arts and Spurt (DACS).

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan  sepanjang program berlangsung seperti Sesi Lelongan Barang oleh Kumpulan Muslimat Bukit Jelutong dan hasil Jualan akan disumbangkan kepada Surau PPRT Rimba Jaya, aktiviti mewarna, aktiviti rekacipta, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, aktiviti konvoi motorsikal serta ceramah santai. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Rosli bin Bakar, Timbalan Setiausaha, MBSA.  Turut serta pada majlis ini Ahli-Ahli Majlis, MBSA serta kakitangan MBSA.

Pihak MBSA berharap program ini dapat melahirkan warga kota Shah Alam yang  lebih aktif di dalam melaksakan kerja-kerja amal serta dapat memupuk nilai-nilai murni seperti saling bantu-membantu dan bertanggungjawab untuk membentuk sebuah komuniti yang harmoni. 

PPR 

​​​​PPR

Pertandingan mewarna sebagai salah satu pengisian aktiviti sepanjang program ​Sebahagian pelajar MSU melaksanakan aktiviti gotong-royong di kawasan PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam
PPR ​​tong sampah​​​
​Tuan Haji Rosli bin Bakar, Timbalan Setiausaha MBSA diiringi Puan Rozaina bt Hamzih, Pengerusi MPP Zon 10 menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penduduk PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26
PPRPPR
Sebahagian pelajar MSU melaksanakan aktiviti gotong-royong di kawasan PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam​Demonstrasi keselamatan oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia 
​​​