Majlis Bandaraya Shah Alam Edar Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk – Ke Arah Mendidik Masyarakat Agar Menguruskan Sisa Sampah Secara Teratur Dan Sistematik

15 April 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Pengedaran Tong Sampah Secara Percuma Kepada Penduduk pada 13 April 2017 (Sabtu) bertempat Di Taman Permainan Laman Sanur, Jalan Bolasepak 13/11F, Seksyen 13, Shah Alam. 

Program ini merupakan inisiatif berterusan pihak MBSA untuk memberikan pendedahan kepada warga Shah Alam agar menguruskan sisa domestik dengan teratur demi untuk menjadikan bandar raya Shah Alam bersih dan indah.  Melalui program  pada hari ini, pihak MBSA telah menyerahkan 80 unit  tong sampah bersaiz MGB 120L kepada penduduk di Taman Permainan Laman Sanur, Jalan Bolasepak 13/11F, Seksyen 13, Shah Alam.

Pihak MBSA akan menyerahkan sejumlah 1,689 unit tong sampah MGB 120L kepada penduduk di sekitar kawasan Seksyen 13, Shah Alam. Pengedaran tong sampah ini akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak Majlis di setiap kawasan kediaman. 
Penyediaan tong sampah ini juga bertujuan untuk melancarkan kerja kutipan sampah domestik serta mengelakkan kacauganggu kepada persekitaran jika sampah tidak dibuang atau dikumpulkan di tempat yang tidak sepatutnya. Pihak Majlis amat komited dengan usaha untuk mendidik masyarakat dan menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada komuniti setempat.

Program ini juga merupakan platform pihak Majlis untuk meningkatkan peratus kitar semula bagi mencapai matlamat Shah Alam ke arah Bandar Raya Sifar Sampah (Zero Waste).  Pengedaran juga akan diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir YDH Dato’ Haji Emran B. Haji Kadir, Pengerusi MPP Zon 2,  dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

tong sampah 

​​​​tong sampah

tong sampah                   ​​tong sampah​​​
tong sampah ​​​