Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Kempen “Green Initiative For Taska (Gift)” Di Kawasan Pentadbiran MBSA – Ke Arah Mendidik Generasi Muda Amal Konsep Hijau Dalam Kehidupan Seharian

16 Mei 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Taska Negeri Selangor dan Kids Campus Sdn Bhd. telah mengadakan Majlis Perasmian Kempen “Green Initiative For Taska (GIFT)”   bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Program ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang pengusaha Taska di bawah kawasan pentadbiran MBSA. 

Program ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk mendidik generasi muda, guru-guru dan ibu bapa mengamalkan amalan inisiatif hijau  di dalam kehidupan seharian.   Bagi memastikan keberkesanan kempen ini,  setiap Taska mengambil inisiatif untuk mewujudkan ‘edible garden’ di Taska masing-masing atau menggunapakai konsep Kejiranan Hijau yang bersesuaian dengan persekitaran. 

Pada masa yang sama, pihak Taska juga turut menerapkan di dalam silibus pembelajaran mereka mengenai ‘Science, Technology, Engineering and Mathematics’ (STEM) sebagai salah satu langkah untuk memberikan pendedahan secara menyeluruh mengenai kepentingan kehidupan hijau. 

Antara pengisian program pada hari ini adalah Taklimat ‘Green Initiative For Taska’ oleh Encik Mahadi bin Mohd dan Encik Rahmat b. Bayudi, ‘Menerapkan Hijau di dalam P&P Taska’ oleh Dr. Azman Hassan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Bengkel Penanaman Tumbuhan Hijau di Taska untuk Kanak-Kanak oleh Puan Khairiyanty binti Khamis dari Jabatan Pertanian Daerah Gombak, dan Bengkel Kraftangan dari Barangan Kitar Semula. 

hari tanpa kenderaan 

​​​hari tanpa kenderaan

hari tanpa kenderaan                   hari tanpa kenderaan