Warga Kerja Majlis Bandaraya Shah Alam Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah  – Ke Arah Organisasi Bebas Rasuah 

17 Mei 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan  Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Mei 2017 (Rabu), bertempat di Auditorium MBSA.  Majlis ini merupakan salah satu inisiatif pihak MBSA untuk memupuk sikap berintegriti di kalangan warga kerja MBSA ke arah organisasi bebas rasuah. 
Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah ini menyaksikan semua kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam  melaksanakan lafaz ikrar  yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam agar tidak terlibat dalam aktiviti rasuah. Pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini, pihak MBSA diwakili oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam bagi pihak MBSA manakala pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor pula diwakili oleh  YBhg. Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor. 

Program ini merupakan komitmen berteruskan pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman mengenai integriti dalam bidang pekerjaan serta meningkatkan komitmen warga kerja terhadap peranan yang boleh dimainkan  khususnya di dalam membanteras gejala rasuah.

Selain itu, turut diadakan pada majlis hari ini adalah Perhimpunan Bulanan MBSA Kali Kelima yang merupakan acara bulanan MBSA serta  Majlis Persaraan Tahun 2017 kepada 7 orang pesara MBSA.  Majlis Persaraan ini diadakan bertujuan untuk meraikan para pesara serta menghargai jasa yang telah diberikan oleh mereka di sepanjang tempoh perkhidmatan di MBSA. 
Para pesara telah diberikan Sijil Pesara, hadiah persaraan iaitu wang tunai bernilai RM1,000.00  dan Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM500.00 seorang.  

Majlis  telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad,  Datuk Bandar Shah Alam.  Turut hadir YBhg. Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor,  Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.

car free day 

​​​​car free day

car free daycar free day
car free daycar free day
    ​​​​​​​car free day
 ​​​​​​​