Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Mbsa Ke Kejohanan Sukan Badan Berkanun (Sukanun) 2017 – Galak Kakitangan Giat Aktif Dalam Aktiviti Sukan

13 Julai 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MBSA ke Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017.  Kejohanan ini merupakan acara dwi tahunan anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM). 
Pada tahun ini, pihak MBSA akan mengambil bahagian di dalam 9 acara iaitu  Bola Sepak 9 Sepasukan Terbuka, Bola Sepak 9 Sepasukan Veteren, Sepak Takraw antara Regu, Futsal Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Wanita, Bola Tampar Lelaki, Dart Berpasukan dan Golf Berpasukan. 

Kontijen seramai 117 orang akan diketuai oleh Tuan Shukri B Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar MBSA. Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017 ini akan diadakan di Melaka mulai 21 Julai – 27 Julai 2017.  Antara sasaran pingat kontijen MBSA pada tahun ini adalah emas bagi acara Bola Tampar Lelaki, Dart Berpasukan dan Golf Berpasukan manakala pingat perak bagi acara Futsal Lelaki serta gangsa bagi acara Sepak Takraw antara Regu.

Penyertaan di dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017 ini merupakan salah satu inisiatif pihak MBSA untuk menggalakkan kakitangan untuk bergiat aktif di dalam aktiviti sukan.  Selain itu, ia juga merupakan langkah  untuk membudayakan aktiviti sukan di kalangan kakitangan MBSA. 

Majlis Penyerahan Bendera ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.


bendera​​​​

​​​​​​​bendera

serah benderaraya
​​​ ​​​​​​​