Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (Minizeebee) Antara MPP Shah Alam 2016/2017 – Lahir Masyarakat Kreatif Dan Inovatif Melalui Pertandingan Zon Bersih Mini

9 September 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeebee) Antara MPP Shah Alam 2016/2017 pada 9 dan 10 September 2017 bertempat di Dewan Bankuet Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam. Penganjuran konvensyen ini merupakan satu landasan kepada komuniti untuk membentangkan hasil projek berlandaskan Garis Panduan Kejiranan Hijau yang telah dilaksanakan di setiap Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi memberikan pengiktirafan kepada komuniti. Konvensyen ini merupakan penganjuran kali kedua setelah diperkenalkan pada tahun 2015. 

Penganjuran konvensyen seumpama ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kota Shah Alam akan pentingnya konsep pembangunan mampan sekaligus dapat berkongsi pengalaman sesama masyarakat berhubung aktiviti yang dilaksanakan di MPP masing-masing. Ini juga akan mengangkat MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan program-program Local Agenda 21 (LA21) dan inisiatif hijau dapat diterapkan di kalangan masyarakat serta bersama-sama menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030. 

Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) Shah Alam 2016/2017 ini akan berlangsung selama dua hari dan mendapat penyertaan sebanyak  27 Persatuan Penduduk yang mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) masing-masing. Tiga (3) kategori yang dipertandingkan adalah:

   i.
​Kategori Pilihan MPP Taman Perumahan sebanyak 12 persatuan
​ ii.
​Kategori Pilihan MPP Taman Perumahan Bertingkat sebanyak 4 persatuan
​  iii.
​Kategori  Terbuka sebanyak 11 penyertaan (Kategori Terbuka adalah kategori yang mempertandingkan juara antara  juara yang pernah memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan sejak 2014)

Setiap peserta dikehendaki membentangkan projek mereka di dalam Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) Antara MPP Shah Alam  2016/2017 melalui pembentangan dan pameran projek manakala pemarkahan akan diberikan semasa Pembentangan Laporan disusuli dengan Lawatan Tapak.

Selain itu, peserta juga diwajibkan untuk menyertai pameran yang memaparkan hasil projek @ aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun oleh para peserta Pertandingan Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) Antara MPP Shah Alam 2016/2017.  Antara fokus bagi kriteria-kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:

  a)
 Bersih / Ceria / Hijau
 b)
 Bandar Selamat & Kemasyarakatan
​  c)
Pengurusan Sistematik
​d)
​ 3R / Guna Semula / Jimat Tenaga
​e)
​Kebun Komuniti
​f)
Landskap

Hasil daripada program Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) ini,  sebanyak 67 persatuan penduduk / Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Badan Pengurusan Bersama (JMB) pernah mengambil bahagian di dalam program ini yang telah diperkenalkan sejak 2014 dan  sebanyak 77 kebun komuniti telah berjaya diwujudkan.  

Disamping itu,  dengan adanya program ini, beberapa kejayaan juga telah berjaya dikecapi oleh MBSA hasil daripada kerjasama dengan penduduk. Antara anugerah yang dimenangi adalah :

i)
Anugerah Langkawi Peringkat Kebangsaan  2015/2016
ii)
MIP Award Peringkat Kebangsaan 2014 & 2016
​  c)
Anugerah Sungai Angkat Peringkat Negeri Selangor 2016
​d)
Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Peringkat Daerah Klang 2017

Majlis perasmian Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) Antara MPP Shah Alam 2016/2017 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir bersama Tuan Shukri b. Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA. 



minizeebee​​​​

​​​​​​​​minizeebee

minizeebee minizeebee


​​​ ​​​​​​​​