Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-8 Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-17 – Penyertaan Keseluruhan  70 Pasukan Mengambil Bahagian

14 Oktober 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-8 Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam Ke-17 pada 14 & 15 Oktober 2017 ( Sabtu & Ahad), bertempat di Padang B, Dataran Kemerdekaan, Shah Alam melibatkan kanak-kanak berusia antara 9 dan 12 tahun.

Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-7 2016   ini  telah mempertandingkan 2 kategori terdiri daripada 32 pasukan kategori bawah 12 tahun dan 32 pasukan kategori  bawah 9 tahun. Program ini merupakan platform terbaik kepada peserta untuk mempamerkan kemahiran dan bakat  kesukanan mereka dalam bidang bola sepak, sekaligus boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.  

Pada karnival kali ini, johan bagi kategori bawah 9 tahun telah dimenangi oleh pasukan ROB FA dan pasukan KB Remaja Puchong bagi tempat naib johan. Manakala, johan bagi kategori bawah 12 tahun telah dimenangi oleh pasukan S. Kids MBSA (A) dan pasukan KB Remaja Puchong bagi tempat naib johan. Karnival Soccerkids ini terbuka kepada semua persatuan/kelab Bola Sepak di seluruh negara.  

Penganjuran Karnival Soccerkids  ini juga memberi peluang kepada pemain-pemain muda, persatuan-persatuan atau kelab bola sepak menonjolkan bakat untuk digilap dan melahirkan pemain pelapis bola sepak yang boleh mewakili negara ke pertandingan peringkat antarabangsa. 
Penganjuran program sukan seperti ini mampu melahirkan generasi muda dan masyarakat yang sihat dan aktif di samping memperbanyakkan lagi aktiviti sukan dan riadah di bandar raya Shah Alam.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,900.00 bagi para pemenang Karnival Soccerkids Shah Alam Edisi Ke-8 2017 adalah seperti berikut :


​Kategori Bawah 12 Tahun
​Kategori Bawah 9 Tahun
​Johan
​Wang Tunai RM1,000, Piala Iringan, Cenderahati
​Wang Tunai RM800, Piala Iringan, Cenderahati
​Naib Johan
​Wang Tunai RM800, Cenderahati
​Wang Tunai Rm600, Cenderahati
​Separuh Akhir
​Wang Tunai RM400, Cenderahati
​Wang Tunai Rm300,  Cenderahati
​Suku Akhir
​Cenderahati
​Cenderahati





bayi​​​​

​​​​​​​bayi

bayi
car free day