Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Bertemakan Citra Seni Pagi – Semarak Aktiviti Budaya Seni Dan Gaya Hidup Sihat Di Shah Alam. 

10 Disember 2017

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang bertemakan Citra Seni Pagi pada 10 Disember 2017 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. 

Program pada kali ini bertemakan Citra Seni Pagi yang telah mengangkat martabat seni traditional tanah air dimana pelbagai petunjukkan seni telah dipersembahkan antaranya Pakaian Songket, Tarian Rakyat, Tarian Wau Bulan, Tarian Buluh, Zapin Johor, Kompang Formasi, Yoyo Cina, Gamelan dan Kraf (Orang Asal Jo’oh). 

Selain itu, turut diadakan Program ECO Free Market iaitu pemberian barangan terpakai secara percuma kepada yang memerlukan. Program ECO Free Market pada kali ini yang bertemakan Kembali Ke Sekolah (Back To School) telah melibatkan 50 orang penyumbang dengan membawa barang-barang keperluan sekolah terpakai yang masih berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada yang memerlukan seperti baju sekolah, T-Shirt sukan, beg sekolah, kasut sekolah, buku-buku latihan, alat tulis, bekas makanan dan minuman, set ‘geometri’ dan lain-lain.
 
Pelbagai aktiviti menarik juga telah diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya pelepasan peserta bagi aktiviti riadah seperti acara berbasikal, acara berjalan kaki, persembahan pentas oleh kombo MBSA, buskers, PSYCUSIX, aktiviti senamrobik, pameran kesihatan dan kempen denggi. 

Bagi menarik penyertaan orang ramai, Pihak MBSA juga telah menyediakan permainan kanak-kanak chu-chu train secara percuma, kereta berlampu, skuter elektrik, belon sabun, minuman 100 plus secara percuma, lorong seni, wall climbing (HIKERS), pertunjukan jalan (street show), Fruit Eating Challenge, pertandingan chest, pertandingan gusti lengan, promosi Herba Life, promosi Kidzania dan potong rambut secara percuma. 

Warga Shah Alam juga berpeluang untuk membeli baja kompos, jualan makanan di Food Truck, melihat pameran Inisiatif Rendah Karbon, photo booth, booth OKU, petting zoo, dan aktiviti doodles/painting. Kaunter Bergerak Shah Alam On Wheels turut beroperasi bagi memudahkan orang awam untuk membuat semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan serta kakitangan MBSA. 


cat adoption​​​​

​​​​​​​cat adoption



​​