‘Shah Alam Cat Adoption’ Sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan  - Beri Peluang Kepada Orang Ramai Menjadi Pemilik Baru Bagi Haiwan Terbiar

16 Mac 2018

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 14 Januari  2018 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. 

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada kali ini membuka tirai tahun 2018 setelah setahun penganjurannya.  Program ini telah mula dilaksanakan pada 22 Januari 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang. 

Shah Alam Cat Adoption ini merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menggalakkan orang ramai membantu memelihara haiwan terbiar. Ia dilihat sebagai salah satu langkah proaktif bagi mengawal peningkatan  populasi kucing terbiar yang berkeliaran di kawasan pentadbiran MBSA.  Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik seramai 20 pemilik baru bagi kucing terbiar ini. 

Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif pihak MBSA ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar. Sepanjang program ini,  orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. 

Pihak MBSA juga  menyediakan chu chu train secara percuma, , face painting, wall climbing,  fruit eating challenge, Cats Adoption,serta aktiviti-aktiviti riadah seperti Sand Bag, Tyre Loop, Cargo Net dan Crawling.  Pihak MBSA turut menyediakan  Kaunter Bergerak Shah Alam on Wheel (SAOW) untuk kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.
Matlamat penganjuran program ini pada masa yang sama memberi fokus  terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.  


cat​​​​

​​​​​​​cat