Majlis Bandaraya Shah Alam Laksana Program Kempen Tandas Bersih MBSA ​2016 – Seminar Kesedaran Kebersihan Dan Pengurusan Tandas Berkualiti Kepada Pemilik Premis Makanan

26 ​Februari 2017
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru agar warga Shah Alam untuk memastikan keadaan kediaman masing-masing berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pembiakan jentik-jentik Aedes. 

Berikutan kes demam denggi yang semakin meningkat, pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah meningkatkan tindakan pemeriksaan di premis-premis sekitar bandar raya Shah Alam. Mengikut statistik, pada minggu pertama tahun 2016 (3 Januari 2016 hingga 9 Januari 2016), sebanyak 296 kes dilaporkan di kawasan MBSA. 

Pihak Majlis akan bertindak tegas dengan mengeluarkan kompaun terhadap premis yang didapati bersalah atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pada minggu pertama tahun 2016, pihak MBSA telah mengadakan aktiviti pemeriksaan terhadap 429 premis di sekitar Shah Alam termasuk rumah kediaman, rumah kedai dan restoran, aktiviti semburan atau ‘fogging’ di 16,732 premis dan mengeluarkan sebanyak 13 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes. Selain itu, MBSA juga melaksanakan aktiviti pendidikan dengan mengedarkan sebanyak 1164 risalah dan 86 poster berkenaan demam denggi.  

Antara langkah-langkah kebersihan yang boleh diambil bagi mencegah pembiakan jentik-jentik Aedes adalah:-
  • ​Tutup semua bekas tempat penyimpanan air bersih seperti tempayan, kolah mandi, besin dan tempat-tempat yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik;
  • Salin air dan basuh sehingga bersih pasu dan alas pasu bunga, kolah mandi dan sebagainya sekurang-kurangnya seminggu sekali;
  • Bersihkah saluran air hujan (salur bumbung) yang tersumbat daripada air bertakung;
  • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik atau abate ke dalam bekas yang tidak boleh ditutup.
​​MBSA menggalakkan orang ramai untuk terlibat secara tidak langsung dengan mengambil masa selama 10 minit setiap minggu untuk memastikan kawasan kediaman dan premis berada dalam keadaan bersih serta kemas. Pemeriksaan secara berkala akan dilaksanakan di sekitar bandar raya Shah Alam yang berpotensi sebagai tempat pembiakan jentik-jentik Aedes seperti di kawasan kediaman, kawasan berstrata, kilang, tapak binaan, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, sekolah/tadika dan sebagainya. 

Sehubungan itu, mohon pihak Tuan/Puan untuk menyiarkan kenyataan ini untuk makluman orang ramai. Kerjasama Tuan/Puan untuk menyiarkan kenyataan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 013-3380551.


Jentik-jentik 

​​​Jentik-jentik

Jentik-jentikJentik-jentik​​​
Jentik-jentik
​ ​​

​​