Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar Shah Alam Dan Volleython Shah Alam 2016 – Tarik Penyertaan Pasukan Dari Luar Negara
02 Mac 2016

Adalah dimaklumkan,  pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar dan Volleython Shah Alam 2016.

Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk melahirkan pemain pelapis sukan bola tampar yang akan dikenalpasti untuk mewakili negara ke kejohanan bola tampar peringkat negeri dan juga di pentas antarabangsa.  Selain itu,  kejohanan ini juga menggalakkan gaya hidup sihat serta platform untuk memperkenalkan bandaraya Shah Alam sebagai sebuah bandaraya sukan.

Kejohanan tahunan berprestij yang diadakan sejak tahun 2000 ini telah berjaya menarik minat 53 pasukan bola tampar dari dalam dan juga luar negara.  Bagi Kategori Terbuka sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian  dan penyertaan dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, dan Hong Kong.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,000. Berikut merupakan hadiah wang tunai yang disediakan mengikut kategori yang dipertandingkan :-
Bil​PerkaraPiala Datuk Bandar​Volleython Piala Timbalan Datuk Bandar​​
1.
​HadiahKategori Terbuka Lelaki :-

Johan :  RM 10,000.00  + 5,000.00 Voucher Mizuno

Kedua:  RM 5,000.00 + 3,000.00 Voucher Mizuno

Ketiga :  RM 3,000.00 + 2,000.00 Voucher Mizuno

Keempat:   RM 1,000.00 + 1,000.00 Voucher Mizuno

Kategori Terbuka Wanita :-

Johan:  RM 2,000.00  + 1,000.00 Voucher Mizuno

Kedua:  RM 1,000.00 + 500.00 Voucher Mizuno

Ketiga:  RM 500.00 + 500.00 Voucher Mizuno

Keempat:   RM 500.00
​Johan  :  RM 2,000.00  + 2,000.00 Voucher Mizuno 


Kedua :  RM 1,000.00 + 1,000.00 Voucher Mizuno

Ketiga :  RM 500.00 + 500.00 Voucher Mizuno

Keempat :  RM 500.00

*4 pasukan suku akhir RM  200.00 ​

​Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Bandar Shah Alam Dan Volleython Shah Alam 2016 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
bola_tamparbola_tampar
​​bola_tampar​​​bola_tampar