Majlis Bandaraya Shah Alam Buka Kaunter Tambahan Hari Sabtu Dan​​​ Ahad Serta Cuti Tahun Baru Cina Untuk Memudahkan Warga Kota Shah Alam Jelaskan Cukai Taksiran

03 Februari 2016​

Adalah dimaklumkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter bayaran pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Februari 2016 serta cuti Tahun Baru Cina bagi memudahkan para pemegang harta menjelaskan cukai taksiran masing-masing.

Pembukaan kaunter bertujuan untuk memberi peluang dan membantu para pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membuat pembayaran dan berurusan dengan pihak Majlis pada cuti hujung minggu dan cuti am. Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam. Kaunter bayaran juga dibuka di Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

Waktu operasi kaunter tambahan adalah seperti jadual dibawah:​

​​Tarikh​​​​​​

​Hari​Masa
​​​6 & 7 Februari 2016Sabtu & Ahad9.00 pagi – 1.00 petang
8 & 9 Februari 2016
(Cuti Tahun Baru Cina)


Isnin & Selasa

9.00 pagi – 1.00 petang​

13 & 14 Februari 2016​Sabtu & Ahad​9.00 pagi – 1.00 petang
20 & 21 Februari 2016Sabtu & Ahad​​​9.00 pagi – 1.00 petang
27 & 28 Februari 2016Sabtu & Ahad​9.00 pagi – 1.00 petang

Sebarang pertanyaan berhubung pembukaan kaunter tambahan ini,  sila hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2897.