Anjur Kejohanan​ Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam 2016

09 April 2016

MBSA telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam 2014 kali ke-11. Kejohanan ini merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh MBSA yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan belia dan remaja.

Kejohanan ini merupakan pendekatan MBSA untuk untuk memupuk semangat kesukanan serta mewujudkan aktiviti sukan dan rekreasi khasnya untuk golongan muda. Ia juga boleh dijadikan sebagai platform untuk melahirkan bakat-bakat baru di dalam sukan futsal yang boleh diketengahkan di peringkat dalam negeri dan juga antarabangsa.

Johan Kategori Terbuka Lelaki dimenangi oleh Pasukan Dani FC – A, Johan Kategori Bawah 18 Tahun dimenangi oleh Pasukan Charo 98, manakala Johan Kategori Bawah 12 Tahun pula dimenangi oleh Pasukan Gen Pro.

​​Sebanyak 84 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Majlis Perasmian Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam 2016 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

​​futsal_piala​​​​futsal_piala
futsal_piala​​​​futsal_piala