Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Kempen Terima Kasih Datang Awal 2016 – Pupuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi

​1 Jun 2016

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah  mengadakan Kempen Terima Kasih Datang Awal bagi menghargai warga kerja MBSA yang hadir awal ke pejabat seawal jam 7.30 pagi.  Melalui kempen ini YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin b. Mohd Saad,   Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, bersama Pengurusan Tertinggi MBSA  akan menyambut kakitangan yang hadir awal ke pejabat.  

Kempen Terima Kasih Datang Awal ini merupakan salah satu pengisian aktiviti di bawah Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) MBSA bertujuan untuk memperkasakan pencapaian,  kejayaan, dan pengiktirafan yang diperolehi supaya dapat dikekalkan dan seterusnya membina warga kerja MBSA yang memiliki personaliti yang tinggi ke arah Budaya Kerja yang Berprestasi Tinggi ”Toward High Performance Culture”. Melalui pendekatan ini dapat membentuk warga kerja MBSA yang berdisiplin, komited dan sentiasa mematuhi peraturan kerja.

Agenda Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) ini dicetuskan selaras dengan konteks perubahan globalisasi, pembinaan budaya kualiti dan prestasi tinggi,  serta pelbagai inisiatif lain bagi mentransformasi perkhidmatan awam demi melestarikan daya saing sesebuah bandar.  Program ini juga dilihat sebagai komitmen berterusan pihak Majlis untuk memperkasakan warga kerja Majlis yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkebolehan,  berkompetensi serta mengamalkan nilai-nilai murni dan mempamerkan sikap positif.

Kempen ini juga merupakan platform untuk memupuk sikap berdaya saing dan kompetitif di kalangan warga kerja MBSA agar keluar dari zon selesa bagi menggalakkan peningkatan produktiviti semasa bekerja. ​

​​ ​​​​​
​ ​
​ ​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam melancarkan kempen Terima Kasih Datang Awal dalam usaha melahirkan warga kerja MBSA yang berdisplin,  komited dan berintergriti​
​​ ​YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam dan pengurusan tertinggi MBSA menyampaikan cenderahati kepada warga kerja MBSA yang datang awal ke pejabat.  Pelancaran diadakan di lobi Wisma MBSA
​​ ​