Majlis​ Bandaraya Shah Alam Laksana​ Operasi​ Pecah Tanjakan Kesan​​ Premis Salahguna Tempat Letak Kereta Tanpa Kebenaran​​​​
​​​​
22 Mac 2016​​​​

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan (Ramp) di Seksyen 31 dan Seksyen U3, Shah Alam bagi mengesan dan menangani masalah pemilik premis perniagaan yang menyalahgunakan tempat letak kereta untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran pihak MBSA.  

6 buah premis di Seksyen U2 telah dikenakan tindakan kerana membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran semasa operasi tersebut diadakan. Pihak MBSA menggunakan sebuah jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut. Operasi ini melibatkan 11 orang kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan, dan Jabatan Penguatkuasaan. 
 
Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). MBSA telah mengenalpasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan antaranya kedai membaiki kereta/motosikal, kedai menjual aksesori kereta/motosikal, kedai menjual perabot, klinik, ruang pameran kereta/motosikal, pasaraya/kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang dan sebagainya.

MBSA memohon agar pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan untuk membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu daripada pihak MBSA sebelum menggunakan tempat letak kereta tersebut untuk tujuan perniagaan. Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar dan membina tanjakan haram dihadapan premis mereka.
laksana pecah tanjakan​​​​laksana pecah tanjakan
​ ​laksana pecah tanjakan