​​Majlis Bandaraya Shah Alam Sedia Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’- Sedia Perkhidmatan Kaunter Bayaran

11 April 2016

Adalah dimaklumkan, Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta berhadapan dengan Pasaraya Aeon Bukit Rimau, Seksyen 32, Shah Alam pada 07 May 2016 (Sabtu). Pejabat bergerak ini menyediakan perkhidmatan luar pejabat yang merupakan komitmen dan inisiatif pihak Majlis untuk menambah sistem penyampaian ‘delivery system’. Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang. 

Pengoperasian Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ ini akan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian bagi memudahkan warga Shah Alam membuat sebarang rujukan, semakan dan pembayaran yang disediakan. Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun traffik pembaharuan dan semakan lesen perniagaan, perkhidmatan kaunter aduan, penjualan kupon letak kereta dan sebagainya.

Orang Kena Kompaun (OKK) juga boleh mendapatkan peluang melangsaikan kompaun dengan menggunakan perkhidmatan Pejabat Bergerak bagi kesalahan tempat letak kenderaan dengan bayaran sebanyak RM15 sahaja. Tawaran ini hanya sah dikaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ sahaja.