Majlis Bandaraya Shah Alam Menganjurkan Ma​jlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 – Rai 113 Kakitangan Cemerlang

MBSA meraikan 113 kakitangan cemerlang melalui Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang . Majlis ini dilaksanakan bagi menghargai jasa dan komitmen kakitangan yang telah mengangkat imej MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cemerlang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya warga kota Shah Alam.

Pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Kenyataan Komitmen Bersama Antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis ini ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Dato’ Norazlan bin Mohd Razali. Ini merupakan hasrat kedua-dua pihak untuk mewujudkan organisasi yang bebas dari segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh menjejaskan imej dan mengancam kesejahteraan masyarakat.

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mazalan Md. Noor, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Selangor, turut serta dalam majlis penyampaian anugerah adalah YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan MBSA.​​

​​hadiah​​​hadiah
hadiah​​​hadiah