Datuk​​ Bandar Shah Alam Serah​ 100 Unit Tong Sampah Kepada Penduduk Seksyen 24 Shah Alam

04 Februari 2016

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program Penyerahan Tong Sampah Kepada Penduduk Seksyen 24 Shah Alam yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.

Sebanyak 100 unit tong sampah telah diedarkan kepada penduduk di sekitar  Seksyen 24 yang terletak di dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8.  Penyerahan tong sampah ini merupakan sebahagian daripada jumlah 300 unit tong sampah yang telah diterima oleh pihak MBSA daripada Kerajaan Negeri.  200 unit tong sampah yang lain akan diedarkan di Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6 dan juga Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23. 

Program ini merupakan komitmen berterusan pihak Majlis untuk memupuk sikap mementingkan kebersihan di kalangan warga Shah Alam serta lebih bertanggungjawab di dalam memelihara alam sekitar. Pihak Majlis juga berharap agar usaha ini dapat diteruskan dan menerima lebih banyak tong sampah untuk diedarkan di zon-zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang lain di kawasan pentadbiran MBSA. ​

Penyerahan tong sampah ini diharapkan  dapat memberi didikan kepada warga Shah Alam agar dapat membuang sampah dengan lebih sistematik sekaligus memastikan bandar raya Shah Alam sentiasa bersih dan indah.

datuk_bandar​​datuk_bandar
​​​ YBhg. Dato' Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyampaikan tong sampah kepada En.Awang bin Ibrahim, Ahli Majlis, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8 sebagai gimik penyerahan tong sampah kepada penduduk.​
datuk_bandar​​​​datuk_bandar
​​ ​Datuk Bandar Shah Alam menyerahkan tong sampah dari rumah ke rumah.
datuk_bandar​​ ​
​​​ ​Datuk Bandar Shah Alam bergambar bersama Persatuan Penduduk yang menerima tong sampah pada Program Penyerahan Tong Sampah Kepada Penduduk.