​​Erat Hubungan Anjur Perlawanan Persahabatan Futsal Bersama Akhbar Sinar Harian

06 April 2016

MBSA buat julung kalinya telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Futsal bersama pasukan Akhbar Sinar Harian dan juga pasukan pilihan MBSA . Ia merupakan merupakan salah satu usaha MBSA bagi menghargai pihak media yang telah banyak membantu menyiarkan maklumat dan program yang dijalankan oleh MBSA untuk makluman orang awam sekaligus membantu meningkatkan imej MBSA.

Ia juga bertujuan bagi memantapkan lagi hubungan silaturrahim bersama media kerana hubungan baik yang telah terjalin sejak sekian lama. Dengan kehadiran serta bantuan media juga, telah memperkasakan lagi program-program yang dianjurkan oleh MBSA. Perlawanan berakhir dengan mencatatkan keputusan seri 6-6.
bola_sepak​​​bola_sepak
​​bola_sepakbola_sepak
bola_sepak​​​ ​