Majlis Bandaraya Shah Alam Serah 1803 Permit Bazar Ramadhan 1437H/2016 – Ke Arah Shah Alam Bebas Polistrin Menjelang Tahun 2017

16 Mei 2016

MBSA telah mengeluarkan 1803 permit bazar Ramadhan kepada para penjaja yang akan berniaga sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini di bawah kawasan pentadbiran pihak Majlis. Bagi memastikan para penjaja mematuhi syarat dan peraturan semasa menjalankan perniagaan, pihak Majlis mengadakan sesi taklimat bazar Ramadhan mulai 16 Mei hingga 19 Mei 2016.

Pihak Majlis turut mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Shah Alam Bebas Polisterin menjelang 2017. Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengurangkan penggunaan polisterin dalam urusan harian kerana polisterin ini memberi kesan buruk kepada individu dan juga alam sekitar. Pihak Majlis akan memulakan kempen Shah Alam Bebas Polisterin menjelang 2017 melalui kerjasama para peniaga bazar Ramadhan pada bulan ini dan kempen akan dikembangkan kepada peniaga pasar malam, restoran, pusat membeli belah dan lain-lain secara berperingkat.​
​​
​​ ​